Setapak demi setapak
Kujejakkan kaki
menyusuri MU
Apa yang kucari...
Sehingga diri ini
mahu berpeluh keringat
Menelusuri MU...
Setiap langkah selalu ku
memuji Mu
Betapa besar kuasa Mu
Betapa agung diri Mu
Semakin jauh kuberjalan
semakin penat diri ini
Tapi entah mengapa
Semakin terasa bahagia
di hati ini
Maha Suci Allah yang
telah membahagiakan hati
Semakin letih kaki ini,
semakin ku merasakan
Betapa sempurna
ciptaan dan kurnia Mu
Saat terbentang
anugerah Mu,
Yang begitu indah
dan menakjubkan
Aku tenggelam dalam pesona Mu
dengan doaku
Sungguh diri ini tak bererti apa-apa
Sungguh kepintaran yang kumiliki
hanya fatamorgana
Betapa Engkau penentu segalanya
Hidup dan matiku Engkau yang atur
Sihat dan sakitku Engkau yang kehendaki
Allahu Akbar... Hanyutkanlah aku
Dalam lautan keagungan Dan kebesaran Mu
Kujejakkan kaki
menyusuri MU
Apa yang kucari...
Sehingga diri ini
mahu berpeluh keringat
Menelusuri MU...
Setiap langkah selalu ku
memuji Mu
Betapa besar kuasa Mu
Betapa agung diri Mu
Semakin jauh kuberjalan
semakin penat diri ini
Tapi entah mengapa
Semakin terasa bahagia
di hati ini
Maha Suci Allah yang
telah membahagiakan hati
Semakin letih kaki ini,
semakin ku merasakan
Betapa sempurna
ciptaan dan kurnia Mu
Saat terbentang
anugerah Mu,
Yang begitu indah
dan menakjubkan
Aku tenggelam dalam pesona Mu
dengan doaku
Sungguh diri ini tak bererti apa-apa
Sungguh kepintaran yang kumiliki
hanya fatamorgana
Betapa Engkau penentu segalanya
Hidup dan matiku Engkau yang atur
Sihat dan sakitku Engkau yang kehendaki
Allahu Akbar... Hanyutkanlah aku
Dalam lautan keagungan Dan kebesaran Mu

Komentar
Posting Komentar